Thursday 24 January 2013

maulid nabi = perarakan, tuh je ker?

Mauli nabi = perarakan ?? tuh je ker..

Allahumma solli ala saidina Muhammad waala alihi wasohbihi wasalam..
Salam dan selawat ke atas junjungan besar kita atau pun kekasih gelap kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W.  tarikh 12 rabiulawal adalah tarikh keramat bagi umat islam di Malaysia untuk meraikan tarikh kelahiran  baginda nabi.

Eh ye ker? Ke tarikh untuk kita dapat cutii? Or tarikh untuk kita berarak? Or tarikh untuk kita dapat baju baru (bagi org kerajaan mereka akn dpt baju free untuk berarak sempenan mauled nabi)?  Ketuk hati Tanya sama iman.

 Kalau diikutkan mauled nabi ini adalah satu perkara yang bida’ah (sila Tanya encik google untuk maksud bida’ah). Tapi ia adalah bidaah hasanah. So memg digalakkan untuk menyambutnya. Tapi pada zaman ini,adakah mauled nabi ini diraikan dengan sepenuh kefahaman atau hanya adat semata2..kalau dah adat2 semata en,maka sedehlah junjungan baginda kerana umat nya meraikan ulang tahun baginda kerana adat semata2..ibarat menyanyi lagu hepi birthday tapi x paham maksud. Oh sedeh sungguh sedeh! Baginda punyai umat yang sambut birthday nye dgn berarak semata-mata dan kemudian pulang semula ke pejabat untuk mengumpat dan berkata perkataan yang buruk. Oh tidak jangan lah begitu jadinya. Sungguh tidak menarik.
Manusia pada hari ini hanya memandang perkara-perkara yang besar sahaja. Yang mendapat liputan, yang mendapat pujian, yang meletup sana sini. Contohnya “jabatan sekian-sekian punyai kontinjen terbanyak yang dalam perarakan maulidurrasul pada tahun ini. Tahniah!” dan jabatan tersebut berasa bangga. =(

Dalam kealpaan kita , kita hampir tidak perasan iaitu pada hayat terakhir baginda tercinta. Baginda bersabda bahawa  “Aku tinggalkan kamu di jalan yang terang. Aku tinggalkan untuk kamu dua juru nasihat yang berbicara dan yang diam. Penasehat yang berbicara ialah Al-Quran, penasihat diam ialah maut. Jika kamu menghadapi persoalan yang musykil, kembalilah kepada Al-Quran dan sunnah; dan jika hati kamu kusut, tuntunlah dengan mengambil iktibar tentang peristiwa maut.” Baginda tekankan kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah untuk mendapat rahmat.
Nescaya jika kita dapat penuhi tuntutan baginda Rasulullah yang diatas ini, sudah cukup menunjukkan bahawa kita sangat mencintai Rasullulah S.A.W..

Akhir kata, mauled nabi ini adalah sebahagian kecilnya sahaja, yang besarnya adalah sunnah nya itu.. islam di muka bumi x tertegak dengan perarakan mauled nabi semata-mata..ia datang dengan perjuangan dakwah yang sangat hebat mengikut Al-Quran dan sunnah.

SOLLU A’LA NABI..

*i leave u with this song..dinasehatkan supaya anda tidak menangis..

http://www.youtube.com/watch?v=LT58k0KC6bg