Mauli nabi = perarakan ?? tuh je ker..
Allahumma solli ala saidina Muhammad waala alihi wasohbihi
wasalam..
Salam dan selawat ke atas junjungan besar kita atau pun
kekasih gelap kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W.
tarikh 12 rabiulawal adalah tarikh keramat bagi umat islam di Malaysia
untuk meraikan tarikh kelahiran baginda
nabi.
Eh ye ker? Ke tarikh
untuk kita dapat cutii? Or tarikh untuk kita berarak? Or tarikh untuk kita
dapat baju baru (bagi org kerajaan mereka akn dpt baju free untuk berarak
sempenan mauled nabi)? Ketuk hati Tanya
sama iman.
Kalau diikutkan
mauled nabi ini adalah satu perkara yang bida’ah (sila Tanya encik google untuk
maksud bida’ah). Tapi ia adalah bidaah hasanah. So memg digalakkan untuk
menyambutnya. Tapi pada zaman ini,adakah mauled nabi ini diraikan dengan
sepenuh kefahaman atau hanya adat semata2..kalau dah adat2 semata en,maka
sedehlah junjungan baginda kerana umat nya meraikan ulang tahun baginda kerana
adat semata2..ibarat menyanyi lagu hepi birthday tapi x paham maksud. Oh sedeh
sungguh sedeh! Baginda punyai umat yang sambut birthday nye dgn berarak
semata-mata dan kemudian pulang semula ke pejabat untuk mengumpat dan berkata
perkataan yang buruk. Oh tidak jangan lah begitu jadinya. Sungguh tidak
menarik.
Manusia pada hari ini hanya memandang perkara-perkara yang
besar sahaja. Yang mendapat liputan, yang mendapat pujian, yang meletup sana
sini. Contohnya “jabatan sekian-sekian punyai kontinjen terbanyak yang dalam
perarakan maulidurrasul pada tahun ini. Tahniah!” dan jabatan tersebut berasa
bangga. =(
Dalam kealpaan kita , kita hampir tidak perasan iaitu pada
hayat terakhir baginda tercinta. Baginda bersabda bahawa “Aku
tinggalkan kamu di jalan yang terang. Aku tinggalkan untuk kamu dua juru
nasihat yang berbicara dan yang diam. Penasehat yang berbicara ialah Al-Quran,
penasihat diam ialah maut. Jika kamu menghadapi persoalan yang musykil,
kembalilah kepada Al-Quran dan sunnah; dan jika hati kamu kusut, tuntunlah
dengan mengambil iktibar tentang peristiwa maut.” Baginda tekankan kembalilah
kepada Al-Quran dan Sunnah untuk mendapat rahmat.
Nescaya jika
kita dapat penuhi tuntutan baginda Rasulullah yang diatas ini, sudah cukup
menunjukkan bahawa kita sangat mencintai Rasullulah S.A.W..
Akhir kata,
mauled nabi ini adalah sebahagian kecilnya sahaja, yang besarnya adalah sunnah
nya itu.. islam di muka bumi x tertegak dengan perarakan mauled nabi
semata-mata..ia datang dengan perjuangan dakwah yang sangat hebat mengikut
Al-Quran dan sunnah.
SOLLU A’LA
NABI..
*i leave u with this song..dinasehatkan supaya anda tidak menangis..
http://www.youtube.com/watch?v=LT58k0KC6bg
No comments:
Post a Comment